Seorang nenek yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Pakistan selepas diperdayakan ejen jurunikah palsu konon akan dinikahkan dengan pasangannya di sempadan meninggal dunia ketika menunggu untuk diambil keterangan di Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa yang berusia 56 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ketika duduk di kerusi dipercayai akibat tekanan darah tinggi sebelum jenazahnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk tindakan lanjut.
Wanita berasal dari Johor itu didapati tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya berusia 19 tahun ketika mereka berempat termasuk dua warga Pakistan berusia 40 dan 44 tahun yang turut dicekup berkhalwat berada di pejabat berkenaan.
Berikutan itu, beberapa kakitangan JAIK yang menyedari kejadian itu bergegas menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan perkara berkenaan apabila mendapati mangsa tidak bergerak.
Anak perempuan mangsa berkata, ibunya mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu selain tiada selera makan kerana tertekan selepas mereka dicekup berkhalwat di sebuah rumah inap desa di Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu.
Katanya, arwah sering mengadu sakit dada dan kecewa apabila ditipu rakan sendiri kononnya akan membantu dia bersama pasangannya bernikah di sempadan menggunakan khidmat jurunikah dari Thailand hingga sanggup menyerahkan sejumlah wang yang banyak.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan