Seorang penceramah bebas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Km352.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi-Ajil kira-kira pukul 9.20 pagi ini.
Mohd Nor Shauqi A. Rahman, 29, disahkan meninggal dunia kira-kira 12.40 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.
Ketika kejadian, mangsa bersama-sama isterinya Siti Maryuni Mansor, 27, dan anaknya Safiyah Maisarah, 2, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah mereka di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama berkata anak dan isteri penceramah itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
– BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan