Kemalangan maut di Titi Chai, Utan Aji pagi tadi.
Penjaga gol keempat Perlis (President Cup), Mohd Saiful Niza Bin Abdul Nasir telah pergi meninggalkan kita selamanya kerana terlibat dalam kemalangan ini.
Motosikal yang ditunggang mangsa terlibat kemalangan yang menyebabkan kepala mangsa terputus impak dari kemalangan terbabit.
Beliau merupakan seorang yang berbakat dalam bolasepak dan menjadi penjaga gol yang disegani dan pelapis kepada penjaga gol perlis yang ada sekarang.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Info dan punca kejadian sebenar menyusul Al-Fatihah.
Info terkini dari Akhbar tempatan :
Info terkini dari Akhbar tempatan :
Kangar: Penjaga gol pasukan skuad Piala Presiden Perlis Mohammad Saiful Niza Nazir, 18 maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, Kangar, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, kejadian berlaku pada 7.45 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dengan motosikalnya dari rumahnya di Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji, di sini untuk menjalani latihan bersama pasukannya.
"Siasatan awal berdasarkan kesan brek pada permukaan jalan raya di kawasan kemalangan mendapati mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik sebelum merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan itu," katanya kepada Harian Metro.
Impak dari pelanggaran itu, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk proses bedah siasat," katanya lagi.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -HARIAN METRO
0 ulasan:
Catat Ulasan