Adoi macam_macam cerita artis yang kita dengar tapi inilah lumrah kehidupan tak kira lah samada artis ataupun orang biasa.. HABIS manis sepah dibuang. Begitulah ibaratnya apa yang berlaku terhadap isteri kepada vokalis sebuah kumpulan yang pernah popular beberapa tahun lalu.
Si isteri tersebut dikatakan dipukul hanya kerana tidak merestui perkahwinan kedua suaminya.
Sebelum ini, kecoh sebentar industri seni tempatan apabila seorang penyanyi lelaki mengakui dia telahpun bernikah satu lagi, malah turut mendedahkan bahawa isteri pertamanya memberi keizinan.
Namun, selang sehari selepas itu, isterinya tampil menangkis kenyataan tersebut dan menafikan dirinya merestui perkahwinan kedua penyanyi tersebut.
Hari ini, timbul pula cerita baharu yang mana isteri pertama dikenali sebagai Baby itu dikatakan dipukul akibat penafian tersebut.
Melalui beberapa screen captured perbualan dua rakan rapat isteri pertama, terdedahlah cerita penderitaan yang ditanggungnya.
Malah pukulan daripada si penyanyi itu juga khabarnya telah menyebabkan si isteri mengalami keguguran anak mereka yang kelapan!
Andai dakwaan tersebut benar-benar berlaku, si penyanyi lelaki tersebut sememangnya layak digelar dayus.
Berdasarkan perbualan tersebut juga, si isteri dikatakan menolak untuk membuat laporan polis kerana bimbang bakal merosakkan reputasi mereka sekeluarga. Alahai..
Kedua-dua rakan tersebut turut mengamuk dengan sikap anak pertama pasangan terbabit yang seakan-akan tidak mengendahkan ibunya dan memilih untuk menghabiskan masa bersama teman wanita.
Kasihan betul dengan nasib yang menimpa si isteri.
Sudahlah dimadukan walaupun tidak memberi keizinan, si suami yang sudah memiliki ‘pucuk muda’ tegar memukulnya pula..sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan