Lelaki warganegara China dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan ugutan jenayah dengan mengeluarkan perkataan bom ketika menaiki pesawat Air China pada 30 November lalu.
Tertuduh, Zheng Hao, 38, didakwa mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata ugutan kepada kru pesawat dengan niat menimbul ketakutan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh menyatakan terdapat dua butir bom di dalam beg bimbitnya kepada kru pesawat ketika mengangkat beg berkenaan untuk diletakkan di tempat simpanan barang di dalam pesawat Air China CA872 kira-kira 12.30 tengah malam.
Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib menetapkan hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 kepada tertuduh serta penjara lima bulan sekiranya denda tidak dibayar.
Sharifah Muhaymin berkata, walaupun perkataan bom itu diucapkan secara gurauan namun, ia tetap menjadi satu kesalahan kerana ia membabitkan kepentingan dan keselamatan awam termasuk kru dan penumpang penerbangan.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan