'Pencuci mulut' gedik selepas menjamu selera

Menjamu selera dengan juadah makanan laut sebelum disajikan ‘pemanis’ membabitkan deretan 17 pelacur wanita warga Vietnam.
Itu antara taktik kegiatan maksiat yang berselindung di sebalik premis restoran terletak di Serdang Perdana di sini.
Aktiviti haram itu bagaimanapun dibongkar selepas premis itu diserbu sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang jam 1.30 pagi semalam.
Ketua Operasi Asisten Superintendan Roslin Mohamad Isa berkata, tindakan pemilik premis itu menawarkan khidmat pelacur di sebalik perniagaan makanan bertujuan bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Seramai 10 anggota dan pegawai D7 IPD Serdang menyerbu premis berkenaan hasil risikan dilakukan.
“Ketika serbuan dilakukan, terdapat tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang menjaga premis itu. Polis turut menahan 17 wanita warga Vietnam yang dipercayai digaji sebagai pelacur,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati pemilik premis akan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang makan di restoran itu.
“Terdapat bilik khas di dalam restoran itu yang digunakan untuk tujuan maksiat.
“Siasatan mendapati restoran itu pernah diserbu, namun kembali aktif melakukan kegiatan pelacuran sejak sebulan lalu,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas kondom, minyak urut, dan wang tunai daripada premis itu.
“Semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks,” katanya.-sumber



Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan