Kenaikan harga tiket bagi beberapa pengangkutan awam seperti bas dan komuter nampaknya sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai. Slogan ‘Janji Ditepati’ hanya tinggal janji.
Pelbagai alternatif disarankan oleh kerajaan antaranya keluar awal pagi ke tempat kerja, bercucuk tanam dan banyak lagi.
Ikuti luahan dari wanita ini tentang bebanan yang terpaksa di harungi dek kerana kos hidup yang tinggi.
Ibu ini berusaha berjimat sebaik mungkin
ibu ini wanita bekerjaya..bekerja untuk mmbntu ekonomi keluarga.. menggunakan kenderaan awam… ibu yg mengusung beg *peralatan perang* untuk memberikan titisan emas pada anaknya… ibu ini membawa kerusi kecil saban hari kerana seringkali tiada tempat duduk untuknya..
ibu ini keluar rumah awal tiap hari untuk menggunakan kenderaan awam, ibu ini smpai ke rumah hmpir jam 9 mlm… kadang lebih lewat..ibu ini telah berusaha untuk berjimat sebaik mungkin untuk menyahut seruan kerajaan
Seawal mana yang dia mampu?
naik kenderaan awam, kalau x mmpu naik kereta sendiri…
keluar rmh awl klu x nak terperangkap dlm kesesakan lalu lintas, tp seawal mana yg dia mmpu? mustahil nk hntar anak pd pengasuh seawal jam 4 pg, pengasuh juga manusia, perlukan rehat, jika hntr lebih masa perlu byr wang tmbhan, jd cara mcmana lagi harus berjimat…ibu ini memerah susu untuk anak, kerana susu ibu adalah yg terbaik utk anak… ibu ini berusaha kerana fm akan meningkatkan lg belanja harian…ibu ini memakaikan anaknya cloth diaper kerana ingin menyahut seruan go green, jgn cemarkan alam sekitar, juga kerana disposable diaper akan meningkatkn lg perbelanjaannya..
Tanam sayur sudah, bawa bekal sudah….
smlm, hrga tiket naik… sblm ni ibu ini memerlukan rm 112 utk pas bulanan nya… hari ini ibu ini memerlukan rm 192.. untuk perjalanannya…bagaimana lagi ibu ini harus berjimat… bagaimana…atau cara mana lagi.???
tanam sayur sudah, bawa bekal sudah, naik kenderaan awam sudah…ibu ini perlu bekerja.. adakah ibu2 perlu berhenti kerja??? Kalau berhanti keja nak makan apa? tak kan nak puasa sepanjang masa kot...-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan