Kuala Lumpur : Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ telah mengadakan ritual untuk mengurangkan jerebu.
Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 81, yang berpengalaman lebih 50 tahun itu melakukan upacara ritual tersebut selama hampir 20 minit.
Beliau yang meminta negara bebas jerebu itu turut menyediakan ais yang diletakkan pada kuali.
Upacara ritual itu juga menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh sebagai simbolik untuk menghilangkan jerebu di Malaysia.
“Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu,” katanya.
Melalui jampinya juga, dia meminta Allah supaya jerebu dapat hilang dalam masa 2-5 hari atau secepat mungkin.
Menurutnya lagi, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. – SuaraTV
0 ulasan:
Catat Ulasan