Disebabkan kemiskinan, dua perempuan ni sanggup menggugurkan bayi diorang. "Suami dan saya terpaksa menggugurkan bayi kami, takut kami tidak mampu untuk membesarkannya kelak.
"Kemiskinan membuatkan suami memaksa untuk melakukan pengguguran. Saya membantah, tetapi dia mengugut mahu meninggalkan saya dan anak-anak jika saya membantah,” kata Fatimah.
Menurut Fatimah, 45, suami dia just bekerja sebagai buruh dan satu-satunya pencari nafkah tunggal dalam family. Janin yang digugur tu sepatutnya merupakan anak ketujuh diorang, dengan enam anak-anak diorang yang lain yang kini berumur antara 3 hingga yang sulung 29 tahun.
Dia mendakwa melakukan pengguguran di sebuah klinik swasta yang mengenakan caj RM1,500.
"Saya tidak boleh berhenti menangis, malah tidak sanggup untuk melihat janin tersebut," kata Fatimah yang berkata dia kini berasa sangat tertekan atas perbuatannya malah terpaksa mengambil ubat tidur sebelum tidur.
Seorang lagi perempuan yang mengalami nasib lebih kurang dengan Fatimah, yang hanya mahu dikenali sebagai Suhana, 35, berkata dia memilih untuk menggugurkan kandungan kerana takut bayi tu nanti akan menambah beban family dia, walaupun pada mula dia suami membantah.
Difahamkan, ibu kepada tiga orang anak yang berusia antara 3 hingga 13 tahun tu dia tak tahan lagi hidup dalam hutang hanya untuk membesarkan seorang lagi anak. Sejak tu, Suhana mula melakukan perancangan keluarga atas nasihat doktor.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan