Tergamak la rogol adik kandung sendiri. Abang jenis apa la dia ni, keji betul!!! Adik perempuan yang malang tu dah la mengalami ‘sindrom down’, tergamak ambil kesempatan kat atas sedara sendiri.
Tanggal 5 September ni sepatutnya merupakan tarikh yang paling membahagiakan kerana dia bakal meraikan hari kelahirannya yang ke-22 tahun. Tapi semua tu hancur selepas dirogol oleh abang sendiri sepatutnya menjaga dia.
Difahamkan, mak bapak dia pi menoreh getah dan mengharapkan si abang tu menjaga adik di rumah tapi lain pula jadinya bila abang naik ‘gila’ merogol si adik.
Menurut Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias, kejadian tu berlaku di Felda Palong Tujuh, disedari mak bapak dia bila perempuan tu bagitau perbuatan jijik abang dia kat atas dia melalui pergerakan anggota badan.
“Pada Ahad lalu lebih kurang pukul 12.30 tengah hari apabila ibu bapanya pulang dari menoreh getah mereka melihat anaknya sedang menangis.
“Apabila ditanya, mangsa memberitahu bahawa dia telah dirogol dalam bilik tidur oleh abang kandungnya.
“Bapa mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Ladang Geddes dan membawa mangsa untuk pemeriksaan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dekat Kuala Pilah,” kata Hamzah Alias.
Menurut Hamzah, hasil pemeriksaan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama dan pihaknya percaya mangsa pernah dirogol dalam kejadian berasingan.
Keji dan jijik dapat abang macam tu!! Tergamak merosakkan adik semata-mata nafsu menguasai diri.-sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan