Sayu : Kisah sedih gadis hamil 21 minggu terlanjur akhir nya ceria

Sememang nya ramai anak gadis terlibat dalam kes-kes seperti ini melalui facebook Baitul Solehah kita boleh ikuti kisah sedih gadis-gadis yang terlibat dengan permasalahan ini.

Ikuti kisah sedih yang akhirnya khabar gembira buat gadis ini.

Setelah membuat laporan, dan tunggu pegawai penyiasat memberi maklum balas, saya balik rumah. Tak sanggup saya berada berjam jam di Balai Polis semata mata menunggu pegawai penyiasat bertindak. Banyak komitment lain lagi untuk saya uruskan. Urusan pendaftaran kelahiran 3 bayi tertangguh. Sampai rumah, seorang pelatih diarah masuk wad kerana bayi kurang aktif, bilangan gerakan kurang 10 kali dalam tempoh 12 jam.

Zauj pulak yang hidangkan makanan, dan saya menumpang disisi dulang kerana lapar mengigil. Sedang makan tu teringatkan remaja yang ditinggalkan di balai polis, tentu dia lapar.

Telefon memanģ bertalu talu berbunyi, permohonan masuk dan pertanyaan masalah. Jangan harap dapat tidor disiang hari walaupun letih. Datang tetamu hantar sumbangan pakaian bayi terpakai.

Datang tetamu hantar sumbangan beras, dan berbincang kerja untuk pelatih. Pelatih yang telah melahirkan anak, yang mahu memulakan kehidupan baru diberikan peluang untuk bekerja bagi membuat tabungan anak. Boleh tinggal di BS tertakluk kepada terma dan syarat.

Petang lagi datang pasangan muda mahu melihat rumah lot tepi yang dicadang mahu diwakafkan kepada Baitus Solehah. Seperti biasa, apabila saya bercerita tentang pelatih dan harapan, saya pasti menangis. InsyaAllah, moga ada harapan untuk kami menampah ruang.

Lepas maghrib , nampak kereta berlampu biru berhenti depa rumah. Rupanya polis hantar remaja tu ke rumah. Sebelum tu 2 kali saya telefon untuk dapatkan perkembangan penyiasatan.
Rupanya, polis tunggu waris datang ambik remaja. Akhirnya remaja itu memberikan juga kerjasama untuk menghubungi ibunya. Ibunya datang bersama lelaki yang akan jadi suami dan bakal emak mertua.
Rupanya, alkisah..remaja ni lari dari rumah membawa diri kerana bergaduh dengan boyfren. Keluarga dah merancang untuk menikah hari Isnin depan. Semua sudah dirancang elok. Bergaduh kerana boyfren ada teman wanita lain. Dah bergaduh, telefon dan gadjet jadi piring terbang. Sebab tu semalam saya tengok semua skrin retak seribu.

"Ini nanti dah bernikah, ada anak, kalau bergaduh, jangan anak dilontar lontar macam piring terbang pulak."

Itulah, budak budak ...orang kahwin, nak kahwin. Apa pun tak reti lagi. Masih fikir zaman kanak kanak tadika sekejap kawan sekejap bergaduh. Bila berkawan buat projek, bila bergaduh lari merajuk. Ini kahwin, bukan kawan lagi.

Menjelang isyak baru bergerak balik, kena ke Balai Polis juga untuk tarik laporan pagi tadi, sebab dah nak bernikah. Tak mahu dakwa lelaki yang akan jadi suaminya.

Itulah kisah remaja semalam tu. Buat kita jadi sebuk memikirkan masalah dirinya.
Iktibar untuk ibu bapa dan anak anak remaja...

Jauhi zina dan jalan menghampiri zina. Bila dah terjadi ia ketagih dan mengandung adalah teguran Allah agar bertindak sesuatu. Selagi tak mengadung, pasti terus berzina. Setiap yang berlaku ada hikmah, samada mendukacitakan atau mengembirakan. Bertaubatlah...minta ampun dengan Allah.

Jangan main main dengan syaitan. Credit Baitus Solehah

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan