Pertelingkahan Di Low Yat, Ini Cerita Sebenar Mesti Baca!


SEJAK semalam, media sosial dan aplikasi Whatsapp diasak pelbagai khabar angin tentang isu sekumpulan pemuda mengamuk di pusat beli-belah barangan elektronik, Plaza Low Yat.
Secara umumnya, ramai yang memihak kepada remaja yang dikatakan telah ‘dikelentong’ oleh sebuah kedai menjual telefon bimbit apabila terpedaya membeli set telefon bimbit bukan original.
Ikut logik, siapa tak marah kalau kena tipu macam tu kan?
Sudahlah duit melayang dan gajet yang diperolehi bukanlah asli, tambah menyakitkan hati apabila turut dihalau dan dituduh mencuri selepas datang kembali ke kedai bagi meminta ganti rugi.

Video: Lelaki Mengamuk Dituduh Curi Handphone Di Low Yat

11709496_10154373596414572_7156339819797047735_n
Lagi menambahkan suhu ketegangan apabila dia turut ditahan pihak sekuriti, namun dilepaskan selepas itu kerana kononnya kerana terbukti tidak bersalah. Akibat berang dengan tindakan pihak penjual yang mengambil kesempatan, dia dikatakan kembali ke Low Yat bersama-sama beberapa orang rakannya untuk membalas dendam dan menuntut haknya sebagai pengguna!
Itu merupakan cerita yang tersebar di Facebook, Twitter dan laman-laman blog dan pastinya, ia menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan warga Malaysia. Ada pihak mempertahankan tindakan remaja-remaja tersebut yang menunjukkan sifat tidak mudah ditindas manakala sebahagian lagi mengecam tindakan penjual yang kaki penipu itu.
Kalau difikirkan secara logik, kes itu hanya melibatkan seorang pemuda dan penjual di kedai tersebut, namun kerana rakaman pergaduhan mula disebarkan dan ditonton ramai, pihak ketiga mula membuat telahan.
PENIAGA-TUTUP-KEDAI-PLAZA-LOW-YAT-KENA-SERBU-LAGI-3
Khabar angin yang dikongsikan di ruangan status media sosial menjadikan kes yang masih tidak tahu hujung pangkal itu, kemudiannya mula menyalakan api perkauman. Akibatnya, Plaza Low Yat telah menjadi tapak perhimpunan sekumpulan pihak yang mendakwa ingin membela nasib pemuda tersebut yang ditipu peniaga.
Sambil memainkan isu perkauman, mereka turut hadir bagi memboikot peniaga di situ yang dikatakan telah lama menjalankan aktiviti penipuan terhadap pembeli. Natijahnya, beberapa orang telah mengalami kecederaan akibat tindakan kasar yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
gaduh delaneys3gaduh delaneys fru
Tapi, adakah cerita yang digembar-gemburkan itu merupakan situasi sebenar yang berlaku pada hari kejadian? Jawapannya, tidak!
Setelah versi palsu kejadian tersebut mencemarkan ruang media sosial selama satu hari, akhirnya pihak berkuasa tampil menyatakan cerita sebenar.
Memetik laporan dari New Straits Times (NST), hasil siasatan polis akhirnya mendedahkan bahawa remaja lelaki berusia 22 tahun itu sememangnya mencuri telefon bimbit berkenaan dan kerana itu dia ditahan.
HIMPUNAN GERGASI NGO DI PLAZA LOW YAT
Usai penelitian dari kamera litar tertutup (CCTV), ia memaparkan suspek sedang berborak dengan penjual di situ sebelum bertindak mengambil telefon ketika penjual berpusing ke arah lain dan kemudiannya berlalu pergi.
“Hasil siasatan mendedahkan pemuda itu telah mencuri telefon bimbit tersebut. yang mana dia kemudiannya ditangkap oleh orang awam.
“Hasil rakaman CCTV menunjukkan suspek berbincang dengan penjual sebelum dia mengambil telefon dan berlalu pergi tanpa membayar.”
Setelah perbuatan pemuda tersebut disedari, si penjual di premis itu kemudiannya menjerit meminta bantuan. Suspek yang sedar akan situasi itu kemudiannya terus melarikan diri menuruni eskelator sebelum terjatuh dan berjaya ditahan.
Setelah dia dibawa untuk disiasat pengawal keselamatan plaza tersebut, rakan-rakannya yang tidak berpuas hati kemudiannya menghampiri premis sebelum melampiaskan dendam mereka dengan mencederakan beberapa pekerja di situ, juga barangan di dalam kedai hingga mengakibatkan pemilik menanggung kerugian RM70,000.
CJt7c2hUMAEhagi
Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bermula dari kes kecurian, ia diperbesarkan sehingga melibatkan isu perkauman dan akhirnya insiden semalam telah mencemarkan perpaduan yang selama ini bercambah antara rakyat Malaysia.
Tapi paling parah lagi, tindakan semberono pihak yang menjulang-julang api pertelingkahan di Facebook serta keputusan sebahagian individu yang berhimpun di hadapan Low Yat dilihat satu tindakan melulu.
Senang cakap, usahlah mudah menelan bulat-bulat spekulasi yang dicanang di media sosial!
– MYNEWSHUB.CC klip untuk video
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan