Helah Doktor Tipu Lebih 500 Pesakit Kononnya Mereka Hidap Kanser


 Ini memang doktor `setan’. Sanggup dia menipu lebih 500 pesakit dengan menyatakan kononnya mereka menghidap kanser, semata-mata kerana mahu mendapatkan wang daripada insurans kesihatan dengan memberikan rawatan yang tidak sepatutnya.
Hakikatnya pesakit terbabit adalah sihat.
Doktor tersebut, Dr. Farid Fata, 50, pula bukan calang-calong doktor malah dikenali ramai. Namun kini dia disifatkan oleh orang ramai sebagai `makhluk kejam’ dengan menipu pesakitnya.
Farid sanggup memberitahu sebahagian besar daripada pesakitnya kononnya mereka menghidap kanser darah.
Meskipun dia dikenakan penjara selama 45 tahun namun pesakitnya enggan memaafkan Farid.
“Saya menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menjalani rawatan kanser. Saya bencikan lelaki ini. Mungkin ada yang boleh memaafkannya namun saya tidak boleh,’’ kata salah seorang daripada pesakitnya.
Secara keseluruhannya Fata telah menggunakan 9,000 suntikan Rituximab yang dipercayai boleh melemahkan sistem imuninasi badan.
Menurut pendakwaraya, Farid telah meracun orang ramai yang tidak mempunyai kanser semata-mata untuk mendapatkan wang.
Perbuatan Farid itu terbongkar selepas pengurus pejabatnya, George Karadsheh mendapati ramai kakitangan Farid yang berhenti kerja.
Mereka berbuat demikian kerana mengesyaki Farid telah menipu ramai pesakitnya.sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan