Lagi kes buang bayi terkini di tangga masjid



Seorang lelaki terkejut apabila terdengar suara tangisan bayi di luar masjid ketika sedang mengerjakan Qiamulail di Masjid Kampung Alai, Alai, di sini, semalam.
 
Tanda tanya Nor Azizan Md Nordin, 50, bagaimanapun terjawab apabila dia mendapati seorang bayi lelaki ditinggalkan di tangga masjid berkenaan dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu.
 
Menurut Nor Azizan, bayi cukup sifat itu ditemui dalam keadaan siap diselimutkan dan diletakkan di dalam sebuah bakul yang di dalamnya terdapat botol susu.
 
“Semasa sedang bersolat, saya ada dengar seperti seseorang menolak pagar di pintu masuk depan masjid. Selepas habis beri salam, terus saya dengar ada suara bayi menangis.
 
“Pada mulanya saya ingat hanya khayalan saya saja kerana waktu itu sunyi. Tapi selepas saya pergi ke tangga masjid, saya terkejut ada bayi dalam sebuah bakul,” katanya.
 
Menurutnya, sejurus selepas itu, dia memanggil jiran di rumah betul-betul tinggal bersebelahan masjid berkenaan.
 
Bagaimanapun, katanya, rumah jirannya itu kosong kerana dikatakan berada di Johor.
 
Bimbang dengan keadaan bayi itu, katanya, dia kemudian membawa masuk bayi berkenaan sambil cuba menepuk supaya tidak terus menangis.
 
“Selepas kira-kira 15 minit, bayi itu kemudian berhenti menangis, lalu tidur. Saya terus biarkannya di tengah ruang mimbar masjid.
 
“Pada masa itu saya hidupkan enjin motosikal dan pergi ke Balai Polis Kandang untuk meminta bantuan dan membuat laporan polis mengenai penemuan bayi itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
 
Nor Azizan berkata, dia percaya bayi tersebut baru seminggu dilahirkan berdasarkan daripada keadaan fizikal.
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, setakat ini polis masih melakukan siasatan berhubung kes terbabit.
 
Beliau berkata, siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bersebelahan masjid itu.
 
“Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
 
“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan