Biar betul ni,,Netizen Berdoa Depan Masjid Temu Jodoh supaya cepat kahwin


SETIAP kali pulang beraya di kampung, rata-rata belia seboleh-bolehnya mengelak untuk berborak apatah lagi duduk semeja dengan golongan lebih berusia. Senang cakap, kalau mak saudara dan bapa saudaa datang berkunjung ke rumah, sanggup mereka duduk berkurung dalam bilik semata-mata tak nak bertentang empat mata!
Situasi ini sering terjadi kerana golongan muda cuba mengelak dari disogokkan dengan soalan-soalan sensasi seperti, “kerja mana?”, “gaji berapa?”, “dah beli kereta atau rumah?” dan ‘kenapa nampak dah gemuk ni?”.
Tapi antara semua, soalan paling menakutkan adalah, “bila nak kahwin?”! Betul kan?
Mungkin juga sebab itu, wujud satu trend terbaru golongan belia yang berdoa di sebuah masjid di Segamat, Johor untuk memohon bertemu jodoh. Mulai menjadi perhatian ramai sejak awal Syawal ini, masjid yang diberi nama Masjid Desa Temu Jodoh itu sekelip mata menjadi perbualan ramai setelah segelintir anak muda bertindak mengambil gambar sambil menadah tangan memohon doa, seolah-olah menggambarkan agar dipercepatkan jodoh.
11745880_947510981982587_1159402087986331528_n
Sekali pandang, mungkin perlakuan tersebut hanya atas dasar untuk bergurau kerana keunikkan nama Masjid Desa Temu Jodoh.
Namun, tindakan memuat naik gambar tersebut di laman sosial mengundang kritikan ramai setelah ia menjadi viral. Sesetengah pengguna menghentam individu-individu yang sengaja berdoa di depan papan tanda masjid dan menyifatkan ia sebagai kurang bijak.
Manakala sebahagian pengguna lain menegur tindakan tersebut sebagai salah dan mencadangkan agar mereka masuk ke dalam masjid dan berdoa dengan cara dianjurkan Islam.
Untitled
Namun, segelintir pihak melihat situasi ini tak lebih dari sekadar suka-suka dan tidak membawa apa-apa keburukkan pun.
Mendapatkan komen individu lebih arif, pihak Mynewshub meminta pandangan dari Tuan Asmawi Tuan Umar iaitu Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ujar beliau, sebagai seorang Islam, setiap individu harus peka dengan sentimen yang dimainkan agar ia tidak mendatangkan fitnah walaupun hanya bersandarkan alasan bergurau.
“Satu gambar yang dimuat naik akan membawa 1000 makna, dan apabila ia berkait dengan institusi agama, ia akan menjadi isu sensitif.”
Tuan Asmawi Tuan Umar (Sumber foto dari laman Facebook)
Tuan Asmawi Tuan Umar (Sumber foto dari laman Facebook)
Komen Tuan Asmawi lanjut, banyak lagi tempat afdal untuk berdoa supaya dikurniakan jodoh, antaranya Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan isterinya, Hawa.
“Sekiranya tak ada rezeki untuk berkunjung ke sana, cukuplah individu itu menadahkan doa meminta dari Allah S.W.T. Selain itu, amalan harian dengan membaca surah Yassin dan sebagainya merupakan antara alternatif untuk memohon kepada-Nya.”
Dalam pada itu, Tuan Asmawi turut menegur pemilihan nama masjid yang kurang sesuai dan dikhuatiri mampu menjadi bahan untuk dijadikan lawak jenaka oleh sesetengah pihak.
“Masjid itu kan rumah Allah, jadi nama itu patut difikirkan dengan betul.”
Sekadar informasi, selain Masjid Desa Temu Jodoh, Surau Imam Lapar yang terletak di Kampung Tok Imam Lapar, Terengganu juga menjadi topik dalam kalangan orang awam suatu ketika dahulu kerana nama tersebut.
Menyentuh pula soal perkongsian foto di laman sosial yang menjadi trend ketika ini, ujar Tuan Asmawi, pengguna seharusnya mengelakkan dari mempamerkan foto-foto yang boleh mendatangkan pelbagai persepsi dan fitnah dari pihak lain.
Nampaknya, pendapat yang dikongsikan beliau sememangnya benar kerana keterbukaan yang diamalkan kini boleh mengundang padah dan mengancam masyarakat Islam secara perlahan-lahan.
Apa-apapun, sebagai umat Islam, setiap individu harus mempunyai pendirian untuk tidak mencemarkan kesucian agama.
Kalau kita lihat, sepelusuk Malaysia mengamuk apabila Alvin Tan dan bekas kekasihnya memuat naik gambar berbuka puasa dengan Bak Kut Teh, tapi tanpa sedar, dalam kalangan kita sendiri sebenarnya mempermainkan Islam.
Sayangnya, kuman seberang laut kita nampak tapi gajah depan mata kita jadi buta…
– MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan