Sayu : Status dan selfie terakhir ..Prebet Zaim dijemput ilahi genap setahun masuk askar (6Gambar)

SHAH ALAM : Hari ini merupakan genap setahun Prebet Mohd. Zaim Salhudin, 20, yang terkorban dalam kejadian trak yang dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Ranau-Telupid, Sabah, berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam WeChatnya, tertera kenyataan: “Tarikh 13. 3. 2016. Genap setahun saya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).”
Itulah status yang dimuat naik oleh Mohd. Zaim dalam aplikasi WeChat pada pukul 10.30 pagi, sejam sebelum trak yang dinaikinya terbabas dan mengorbankan nyawanya dan seorang lagi, Prebet Shahril Afizat Mohamad, 22,
Ayahnya, Salhudin Idris, 57, ketika ditemui di rumahnya berkata, anak keempat daripada lima beradik itu amat meminati dunia ketenteraan sejak kecil lagi.





Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya adalah pada pukul 9.59 pagi menerusi aplikasi WhatsApp.
“Sehari sebelum kejadian, dia meminta saya untuk memasukkan RM100.
“Pagi tadi, saya beritahu Zaim, duit dah masuk dan jawabnya ringkas, Terima kasih abah, nanti gaji, Zaim bayar balik. Itulah kali terakhir kami berhubung,” katanya.
Salhudin berkata, mereka sekeluarga turut terkejut dengan pemergian anaknya itu lebih-lebih lagi isterinya yang cukup rapat dengan Mohd. Zaim.
“Saya menerima panggilan pada pukul 1 petang yang dia telah pergi. Isteri masih terkejut dan menangis apabila diberitahu oleh anak lelaki, Zulhelmy, 29, yang Mohd. Zaim telah tiada,“ ujarnya.
Jenazah Mohd. Zaim dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.15 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Lima, Sementa, Klang dekat sini.-Utusan 

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan