Sayu : Dua maut tertindih.. trak bawa 26 anggota tentera terbalik alami masalah break (10Gambar)

Ranau : Dua anggota tentera maut, 24 lagi cedera selepas trak tentera yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 40 Jalan Ranau-Telupid, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, trak berkenaan dalam perjalanan dari Kem Sri Kinabatangan ke arah pekan Ranau terbabas selepas mengalami kegagalan brek ketika menuruni bukit.







Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagon berkata, dua anggota tentera, Mohamad Zaim Salhudin dan Shahril Afizat Mohamad maut akibat parah di beberapa anggota badan.

"Semua mangsa yang cedera termasuk dua anggota tentera yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan awam lain dan ia berlaku dalam keadaan cuaca baik serta jalan yang kering ," katanya.-HM
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan