Sayu : Punca Polis Wanita maut selepas telan vitamin kecantikan (2Gambar)

KOTA BHARU : Seorang anggota Sukarelawan Simpanan Polis Di Raja Malaysia (SSPDRM) wanita meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan paru-paru ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Kok Lanas di sini.

Sebelum kejadian, mangsa Fatin Nazrinawanie Mohd Nazaruddin, 20, yang bertugas di Balai Kok Lanas‎ pernah dua kali mendapatkan rawatan di klinik kesihatan terbabit pada 6Mac semalam ekoran mengalami masalah sesak nafas.

Mangsa yang sebelum ini mengadu mengalami bengkak di muka dan sesak nafas, mendakwa dia mengambil vitamin produk kecantikan.

Ekoran aduan mangsa, doktor turut mengambil sampel darah‎ mangsa dan mangsa dilaporkan stabil pada kali pertama kunjungan ke klinik Isnin lalu.
Mangsa bagaimanapun datang sekali lagi ke klinik terbabit semalam selepas mengadu demam dan batuk selama dua hari di samping sakit tekak dan masih dalam keadaan normal walaupun pucat.

Mengikut ibu mangsa, anaknya mengalami batuk-batuk yang kuat pada jam 2 petang semalam dan cuba mendapatkan rawatan semula di klinik kesihatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa tiada sebarang unsur jenayah terhadap kematiannya.

Mayat mangsa‎ dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan mangsa dipercayai meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan di paru-paru.
Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.-SINAR

LAPORAN AWAL :

Maklumat pertama mati mengejut 1 P Melayu

2. KPB telah berjumpa dgn Dr.Roslina Bt Mat Yeh, Peg Perubatan 1M dan mengikut keterangan Dr Roslina simati pada 6.3.16 telah datang ke Klinik komplin bahawa beliau ada makan vitamin utk produk kecantikan dan mengalami bengkak muka, sesak nafas dan keadaan simati pada masa itu setabil. 
Doktor juga telah memberikan rawatan dan ubat dan telah ambil sample darah utk kajian.

3. Pada jam lkurang 0800hrs 9.3.16 simati sekali lagi telah datang keklinik dengan mengadu bahawa beliau telah demam selama 2 hari, batuk 2 hari dan sakit tekak. Keadaan simati pada masa itu lemah dan pucat tetapi keadaan normal.

4. Mengikut keterangan ibu mangsa pada jam 1400hrs 9.3.16 mangsa batuk dgn kuat dan sesak nafas.
5. Saya telah bertanyakan pada Dr.Roslina adakah tahu punca kematian tetapi Dr Roslina tidak dpt sahkan.


6. Saya juga telah meminta bantuan Dr Roslina buat pemeriksaan pada badan simati adakah kesan2 perbuatan jenayah pd tubuh simati dapati tiada unsur2 perbuatan jenayah.
7. Mayat mangsa telah dihntr ke HRPZ II untuk post mortem bgi mengtahuai sebab2 kematian.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan