Sayu : Luahan sayu Elly Mazlein .. saya ibu tunggal ketika bersalin (5Gambar)

Kuala Lumpur: Kelmarin, pelakon, Elly Mazlein, 36,menyampaikan khabar gembira apabila menimang cahaya mata perempuan, namun malam tadi, dia mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta pada tahun lalu.

"Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.

"Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini," kata Elly kepada kepada Harian Metro.


Abah nya peneman setia Elly saat ini 
Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menjaga aib bekas suaminya.

"Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

"Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya.

"Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini," katanya.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur petang kelmarin.

Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014.-HM

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahukan masyarakat umum bahwa Mr Opara Gerard, pemberi pinjaman pinjaman swasta memiliki membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan mudah dipahami. hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (oparagerrard@gmail.com)

    BalasPadam