Sayu : Ya allah habis lah rumah mak cik .. rumah hangus ketika solat asar di masjid (4Gambar)

BACHOK : Sepasang suami isteri kerugian lebih RM50,000 apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Bukit Temalong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, pemilik, Abdullah Jusoh, 65 dan isteri, Noormah Abas, 55, yang juga mentua bekas wartawan Berita Harian, Haspaizi Mohd Zain, tiada di rumah kerana keluar solar Asar di masjid berhampiran.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd Razali Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.23 petang.


Katanya, sebanyak dua jentera dengan kekuatan 12 anggota termasuk enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh ke tempat kejadian.

"Rumah berkenaan hangus 100 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemilik tiada di rumah ketika kejadian. Punca kebakaran masih disiasat," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Haspaizi, ketika dihubungi, berkata ketika kejadian kedua-dua mentuanya ke masjid sebelum dikejutkan dengan berita kebakaran itu.

"Sebaik dimaklumkan kejadian itu, bapa mentua saya bergegas pulang untuk menyelamatkan kereta dan ketika itu api sudah marak. Penduduk kampung turut membantu memadam kebakaran sebelum bomba tiba.

"Alhamdulillah, kereta sempat diselamatkan. Walaupun terkejut dan sedih dengan kejadian ini, kami reda dengan ujian Allah ini," katanya.
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan