Foto-foto comel anak kembar pelakon Eina Azman (3Gambar)

KUALA LUMPUR: Pelakon Eina Azman, 21, yang selamat melahirkan bayi kembar, Jumaat lalu, menjelaskan dia tidak berniat merahsiakan perkara itu kepada umum. 

Eina memberitahu BH Online, dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah sepakat merahsiakan kelahiran bayi kembar mereka kepada peminat dan keluarga. "Sebelum ini, bukan niat saya merahsiakan sedang hamil anak kembar. 

Saya dan suami sebenarnya mahu membuat kejutan kepada semua pihak," katanya. Malah, Eina berkata, ada antara ahli keluarganya tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu. "Pada peringkat itu, kami fikir tidak manis untuk menghebahkan perkara terbabit terlalu awal," katanya.

Mengenai bayi kembarnya, Eina memberitahu, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.05 petang, Jumaat lalu. Ini diikuti bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit kemudian. 


Biarpun masih kekok menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun kesakitan bersalin lenyap selepas menatap wajah comel dua anaknya. "Saya sebenarnya dijadual bersalin secara pembedahan pada 19 Mac depan. Namun, saya tidak mahu mengambil risiko itu. "Saya bersalin selepas hamil 37 minggu lima hari," katanya.-BH

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan