Sayu : Selamat jalan sahabat ku, 4 rakan baik aku pergi serentak .. luahan sayu rakan (4Gambar)

Selalu aku mendengar kes kehilangan orang di dalam berita atau media sosial. Dan mampu berdoa berharap agar jumpa semula pada keluarga masing-masing. 

Tapi kali ni terjadi pada sahabat aku sendiri. Tak dapat aku gambarkan mcm mana perasaan sedih ini. Aku, salah satu sahabat yang SANGAT-SANGAT rapat dengan mereka daripada sekolah lagi. Kami ibarat adik beradik sendiri. 

Kemana sahaja semua bersama. Masuk hari ini, genap 6 hari mereka tak ditemui. Aku cuma fikir kat diorang. Korang kat mana? Apa yang korang makan? Sihat ke tidak? Setiap hari fikir benda yang sama, buat benda tak kena, tidur tak lena, hati tak gembira. Buat ibu bapa Nik, Abu, Luqman dan Ashraf mohon tabahkan diri.

Ibu bapa mana yang tidak risau kan anaknya namun kini memang sangat berat ujian bagi aku, 4 rakan baik aku pergi serentak dalam satu masa. Al-fatihah. Semoga kau tenang di sana sahabat. Kau akan tetap selamanya menjadi sahabat bagi diri aku.-Mohd Shofwan

Suasana hiba menyelubungi Rumah Mayat Hospital Mersing di sini, apabila ahli keluarga empat sahabat yang mayat mereka ditemui dalam kereta di sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, pagi tadi tidak dapat menahan kesedihan.


Penantian selama seminggu untuk bertemu kembali mangsa tidak disangka berakhir pilu.
Selain ibu bapa mangsa yang semuanya dari Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, turut kelihatan kenalan dan jiran keluarga berkenaan.

Mereka kelihatan tabah menantikan proses bedah siasat Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa selesai.

Difahamkan, selepas selesai bedah siasat kira-kira 1 tengah hari tadi, jenazah empat sahabat itu akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah Bandar Seri Alam, Pasir Gudang untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak dan Cahaya Masai.

Empat sahabat itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Kuantan untuk mengambil sepupu Nik Shakir seterusnya meneruskan perjalanan ke Terengganu untukbercuti di situ.

Mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dan gagal dihubungi keluarga selepas tempoh dua bertolak.-HM
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan