Sayu : Misteri 4 sahabat hilang kini terjawab .. mereka ditemui muat dalam kereta di Sungai (8Gambar)

Empat sahabat dilaporkan hilang sejak Rabu lepas, ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam di Johor Baru ke Terengganu untuk bercuti.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kesemua mereka yang berusia 21 tahun, dikenali sebagai Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.
"Siasatan mendapati kesemua mereka bertolak dari Seri Alam, pada Rabu kira-kira 9.30 malam dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord untuk bercuti di Terengganu.






"Mereka dipercayai melalui jalan Johor Baharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat. Namun, selepas 2 jam bertolak, mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit masing-masing," katanya dalam kenyataan, semalam.
Berikutan kejadian itu, Wan Ahmad berkata kesemua keluarga mangsa terbabit membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, kelmarin.
"Sehingga kini, kesemuanya masih belum dapat dikesan dan di peringkat ini, tiada sebarang maklumat yang boleh menjurus berkemungkinan ada kaitan dengan unsur jenayah," katanya.
Namun hari ini berita sedih diterima yang menyatakan kereta yang dinaiki 4 sahabat terbabit telah ditemui didalam sungai  dan mereka ke empat-empat meninggal dunia, namun perkara ini belum disahkan pihak berwajib.
Sama-sama kita doakan agar semua nya dipermudahkan dan keluarga mangsa yang terlibat tabah.

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan