Sayu : Kakak pulang lah ibu rindu kakak .. dah 20 hari kakak hilangkan diri (4Gambar)

DUNGUN : Keluarga pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Wan Syazlin Wan Zainuddin, 19, yang gagal dikesan sejak 5 Februari lalu, merayu semua pihak menghentikan sebarang fitnah atau andaian tidak baik mengenai kehilangan pelajar itu.

Selepas berita kehilangan remaja itu tersebar, pelbagai tohmahan serta cerita kurang enak timbul dan menjadi viral di laman sosial termasuk mendakwa gadis berasal dari Kampung Telaga Mas, Paka, dekat sini, itu sudah ditemui, tidak hilang serta lari mengikut lelaki lain.

Ibunya, Noraini Abu Bakar, 50, mengakui, kata-kata fitnah dan andaian negatif sebegitu amat menggores perasaannya sebagai seorang ibu.

Menurutnya, anak keempat dari tujuh beradik itu gagal dikesan sehingga kini dan keluarganya melakukan pelbagai ikhtiar.

"Saya tahu ramai yang cakap tak elok mengenai kehilangan anak saya. Ahli keluarga memaklumkan kepada saya perkara itu, tapi saya tak mahu baca viral negatif itu kerana terlalu sedih.


"Apa perasaan mereka jika mereka berada di tempat saya? Sepatutnya mereka bersama-sama mendoakan yang terbaik tetapi sebaliknya membuat fitnah. Kami risaukan Alin (Wan Syazlin) dan harap sangat berharap dia selamat," katanya.

Noraini memberitahu, anaknya itu tidak pernah berperangai tidak elok sebelum ini, malah kawan-kawannya memberitahu, Wan Syazlin tidak sabar untuk pulang ke rumah sebelum didapati hilang.

Dia memaklumkan perkara itu kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa menerima kunjungan Pengerusi Penyelaras Dun Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman di rumahnya, semalam.

Sementara itu, bapanya, Wan Zainuddin Wan Isa, 56, berkata, selain bantuan polis, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk solat hajat dan menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional.

"Kami sudah jumpa lebih 10 pengamal perubatan tradisional di merata tempat dan kebanyakannya memberitahu anak kami kini dipukau serta berada di bawah kawalan lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.
"Kami tak putus-putus berusaha serta berdoa dan harapan kami, jika benar Alin diperangkap, tolonglah lepaskan dia dalam keadaan selamat," katanya.

Tambah Wan Zainuddin, segala urusannya sekeluarga terganggu kerana memikirkan Wan Syazlin dan mereka merayu, sekiranya ada lelaki berkenan atau ingin memperisterikan anaknya itu agar menzahirkan hajat mereka dengan cara baik.

"Semua perkara boleh dibincangkan...yang penting sekarang, Alin pulang dalam keadaan baik dan selamat. Sudah lebih seminggu Alin hilang dan keadaan ini amat merisaukan kami sekeluarga," katanya.-SINAR 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan