Ketereh : Seorang Bilal masjid Asyisha Kok Lanas Kelantan maut apa bila motosikal nya di langgar kereta yang dipandu laju dan cuba memotong tidak lepas lalu melanggar motosikal mangsa.
Kejadian di hadapan Balai Bomba Ketereh jalan Kota Bharu Machang, apa yang menyedihkan beliau maut ketika pulang dari belajar agama di lihat kitab-kitab turut bersamanya di dalam bakul motosikal nya.
Identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih disiasat oleh pihak berwajib semoga roh nya dicucuri rahmat sungguh mulia dia pergi di saat diri nya terus mendalami ilmu agama. Al fatihah Credit : INFO (IRDK CREW EDITION)
Info terkini di Akhbar tempatan :
Info terkini di Akhbar tempatan :
KOTA BHARU - Seorang lelaki yang merupakan tok siak sebuah masjid di Kok Lanas maut selepas terlibat kemalangan jalan raya di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa, Hamat Mustaqim Zulkifli, 25, yang menunggang motosikal jenis Honda maut serta-merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, motosikal mangsa cuba memotong sebuah pikap jenis Toyota Hilux sebelum tergelincir dan masuk sedikit ke laluan bertentangan.
"Sebuah kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki berusia 27 yang datang dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu telah berlanggar dengan motosikal mangsa.
"Penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan