Pelakon Fasha Sandha dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi ini dipercayai untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Jejai atau Rizal Ashram.
Pasangan ini berkahwin pada 2012 yang lalu dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sebelum ini, memetik luahan hati Fasha di dalam melalui Berita Harian, Fasha mengakui dirinya sedang bersedih namun dalam masa yang sama mahu terus bergerak ke hadapan.-Roti Kaya
Artikal berkaitan di Kosmo
Fasha dicerai talak 1
Artikal berkaitan di Kosmo
Fasha dicerai talak 1
KUALA LUMPUR - Pelakon drama Miranda, Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini sebentar tadi.
Lafaz tersebut dilakukan di dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab di sini.
Terdahulu, Fasha, atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hasan, 32, memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.
Permohonan tersebut difailkan oleh Fasha selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.
Fasha yang diwakili oleh Zulkifli Che Yong bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perceraian tersebut.
Bagaimanapun, mengikut kenyataan yang diedarkan oleh pengurusnya, Fasha berkata, perceraian tersebut adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah keluarga.
Katanya, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut dan reda dengan perceraian itu. - K! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan