SUNGAI BULOH: Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 12.8 Lebuhraya Koridor Guthrie, di sini, jam 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin, berkata mereka yang terbunuh dikenali sebagai Shariffudin Zailani, 21; Syawalnizam Azman, 21; Mohd Zaki Yahya, 23 dan Muhammad Habiibullah Ruslan, 20.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila semua mangsa sedang berkonvoi dari arah Sungai Buloh menuju ke Shah Alam berlumba sesama sendiri di lebuh raya berkenaan dan merempuh bahagian belakang sebuah treler.
"Akibat rempuhan itu, empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Semua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-BH
0 ulasan:
Catat Ulasan