Sayu : Isteri dedah sikap sebenar Kapten Hasman yang kini hilang dihanyut air deras di AS (6Gambar)

Kuala Lumpur: Pegawai tentera dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaiki bersama empat tentera dari negara lain dihanyutkan oleh air deras di Missouri, Amerika Syarikat (AS), 26 Disember lalu.

Isteri beliau mendedah Kapten Hasman seorang yang sangat serius dalam apa yang beliau buat , tambah isteri nya lagi melalui laman sosial nya Kapten Hasman tak pernah tak tulis atau share apa pun di laman sosial nya malas nak komen pun susah katanya.

Para pelayar media sosial amat simpati dengan nasib yang menimpa Puan Hazwani dan sama-sama doakan agar Kapten Hasman selamat walaupun 4 sahabat yang bersama nya di sah kan meninggal dunia.




Keluarga Kapten Hasman Hussin yang hilang di Fort Leonard Wood, Missouri, Amerika Syarikat (AS) Sabtu lalu, sudah dimaklumkan mengenai khabar duka itu yang disampaikan wakil dari Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak yang datang ke rumah neneknya di Durian Daun, Masjid Tanah, 1.30 tengah hari tadi.

Adik Hasman, Hairi Hussin, 29, berkata, sebelum didatangi wakil tentera dia dimaklumkan oleh isteri Hasman, Siti Hazwani Ahmad, 29, yang kini berada di rumahnya di Felda Palong 13, Negeri Sembilan, mengenai khabar angin mengatakan abangnya itu hilang.

Menurutnya, kakak iparnya itu juga memaklumkan gagal menghubungi Hasman melalui aplikasi WhatsApp dan kali terakhir berhubung dengan Hasman pada Sabtu lalu.

"Saya kemudian cuba menghubungi abang menggunakan WhatsApp namun gagal dan berdoa agar dia selamat.

"Petang tadi wakil tentera datang ke rumah nenek untuk memaklumkan mengenai kehilangan abang, tetapi belum dapat mengesahkan abang saya hanyut dibawa arus banjir atau tidak mengikuti rombongan terbabit.

"Mereka juga akan memaklumkan kepada kami mengenai perkembangan terkini mengenai abang dari semasa ke semasa," katanya.
Katanya, dia dan keluarga kini resah malah mengambil keputusan untuk menghentikan sementara perniagaan makanan yang diusahakan bersama bapanya buat seketika.

Sementara itu, nenek Hasman, Jamaah Ahmad, 79, berkata kali terakhir dia berjumpa cucunya ketika pegawai tentera itu pulang ke kampung iaitu tiga hari sebelum pegawai tentera itu bertolak ke AS.

"Insya-Allah kami akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat untuk memohon kepada Allah agar cucu saya itu ditemui dalam keadaan selamat," katanya. - HM 
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan