Kuantan : Seorang bilal parah setelah ditikam dengan sebilah pisau Rambo oleh lelaki akibat dari salah faham yang berlaku di depan tapak sebuah 'funfair' di Tanah Putih, Kuantan, tengah malam tadi.
Mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azil, 21, kini parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Difahamkan, mangsa pergi ke tapak funfair tersebut kira-kira jam 9.30 malam selepas beliau selesai bertugas sebagai bilal di Masjid Tepian Putra untuk bertemu dengan tiga rakannya di kawasan tersebut.
"Apabila tiba di tapak berkenaan mangsa memaklumkan terjumpa sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan kunci masih berada di bahagian tempat duduknya sebelum menyimpan kunci berkenaan.
"Difahamkan, mangsa ada memuatnaik status mengenai perkara berkenaan di Facebook dan keluar dari pesta ria itu pada 11.30 malam namun pemiliknya masih tidak kelihatan," kata sumber memetik laporan Harian Metro.
Setelah menunggu selama satu jam, mangsa kemudian menulis satu nota dengan nombor telefon untuk dihubungi. Secara tiba-tiba, datang seorang lelaki menikam mangsa dari belakang.
Mangsa kini dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Berikut adalah cerita penuh dari rakan mangsa.
Suspek juga difahamkan sudah menyerah diri di IPD Kuantan. Selain itu rakan Adam juga turut menceritakan motif suspek berbuat demikian, iaitu dendam. Difahamkan, motor suspek pernah hilang sehari sebelum kejadian.
Suspek kemudian mahu mengumpan pencuri dengan meletakkan motosikal sebagai jerat. Suspek tanpa usul periksa kemudian menikam mangsa yang kebetulan berniat mahu menolong mencari tuan kepada motosikal tersebut. -SK @Infolagi2uu
0 ulasan:
Catat Ulasan