Rakam Video Desak PM Letak Jawatan Soo Wincci Sedia Terima Padah



 Penyanyi Soo Wincci sanggup menerima padah termasuklah disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak berikutan tindakannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.

Wincci, 29, berkata, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri  dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.

”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

"Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.

Wincci kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.


Pada 30 Ogos lalu, Wincci telah memuat naik klip video perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu serta luahan rasanya yang terharu melihat sebahagian masyarakat yang turun padang menyertai perhimpunan berkenaan.

Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan segera memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang.

Wincci turut memuat naik video lagu baharunya berjudul This Is The Time yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.

Video tersebut menunjukkan visual-visual perhimpunan Bersih 4.0.

Sementara itu, Wincci berkata, dia tiada niat untuk melukakan hati mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.

"Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.

”Apa yang dibuat  bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi  kita pada masa akan datang," tegasnya.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan