SEORANG wanita dipercayai dirogol dalam khemah ketika menghadiri satu festival muzik di Cambridgeshire, Britain, baru-baru ini.
Mangsa dipercayai diserang di kawasan festival pada awal pagi dan poster mengenai perkara itu telah diedarkan oleh pihak berkuasa bagi mengesan suspek.
Polis juga telah menjalankan siasatan yang mana mereka telah bertanyakan kepada pengunjung lain sekiranya mereka ada terdengar bunyi mencurigakan sepanjang menghadiri festival berkenaan yang berlangsung sejak Khamis lalu.
Jurucakap polis turut menasihati pengunjung agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Susulan kes itu, pihak penganjur festival itu dilihat memberikan kerjasama yang amat baik bagi menangkap suspek yang telah mencemarkan kemeriahan festival yang berlangsung selama empat hari itu. – MYNEWSHUB.CC
0 ulasan:
Catat Ulasan