Dua lelaki maut apabila kereta mereka terjunam ke dalam gaung di Jalan Tebing Runtuh, Nusajaya semalam.
Mereka dikenali sebagai N. Kathiravan, 21, pemandu kereta itu dari Tampoi dan penumpangnya B. Mogan, 23, dari Batu Pahat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, DSP Ismail Dollah berkata kedua-dua mereka datang dari arah Gelang Patah menuju Johor Baharu.
Kereta mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki gaung, katanya.
Beliau berkata kedua-duanya dipercayai meninggal lebih 24 jam sebelum mayat mereka ditemui pada pukul 4.35 petang. – BERNAMA/mynewshub
0 ulasan:
Catat Ulasan