TV Indonesia Haramkan goyang dribel


Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) mengharamkan tarian goyang dribel yang dipopularkan oleh kumpulan dangdut, Duo Serigala daripada ditayangkan di televisyen kerana terlalu seksi.

Duo Serigala yang dianggotai Pamela Safitri dan Ovi Sovianti mempopularkan tarian itu yang lebih banyak menggoyangkan bahagian dada.

Pengarah KPI, Agatha Lily berkata, tarian itu mengeksploitasikan bahagian yang tidak layak dan tidak sesuai disiarkan di televisyen.

“Tarian ini nampak buruk di mata masyarakat dan ia juga seperti merendahkan maruah kaum wanita,” katanya.

Ujarnya, banyak perkara lain yang lebih kreatif boleh ditonjolkan oleh artis dan bukan hanya menggoyangkan bahagian dada sahaja.

“Garis panduan penyiaran melarang eksploitasi bahagian dada, paha dan punggung.

“Goyang dribel ini tidak memberi sebarang manfaat,” tegasnya.

Menurutnya, KPI membenarkan Duo Serigala muncul di televisyen tetapi mereka tidak dibenarkan membuat tarian itu.

“Kami tetap memberi ruang untuk mereka tetapi tidak boleh mengeksploitasi bahagian tubuh.

“Saya berharap mereka mencari potensi diri mereka yang lebih positif,” jelasnya.


Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan