Kisah Import TRW Amutu dan Budu



Menjelang final Piala FA, apa yang dilakukan pemain menjadi perhatian, tidak terkecuali penyerang import Kelantan dari Nigeria, Austin Amutu, 22, yang gambarnya makan nasi dengan budu menjadi ‘viral’.

Harian Metro mendapatkan reaksi Amutu dan dia mengakui budu sedap.

Menurutnya, dia mencuba budu ketika bertandang ke rumah bekas pemain Kelantan, Anuar Rajib, di sini, baru-baru ini.

"Anuar mengajar saya makan budu itu bersama tempoyak bagi mengurangkan rasa masinnya.

"Ternyata, budu memang sedap dimakan tetapi saya tidak menyukai jering kerana baunya kurang menyenangkan," katanya.

Amutu turut mengakui mula menyukai nasi berlauk disebabkan kuahnya berwarna kuning.

"Saya akan bawa kekasih saya, Ayo, 19, merasai masakan itu sebaik dia tiba di Kelantan, penghujung bulan ini untuk bercuti selama seminggu.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu beri Ayo makan budu kerana takut dia bawa pulang makanan (budu) ke Nigeria," katanya ketawa.

-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan