Tindakan bakal pengantin baharu berusia 30 tahun itu memakan diri apabila dia ditahan selepas membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Rompin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki itu mendakwa disamun empat lelaki ketika melalui kawasan ladang di Batang Jelai, Rompin pada pukul 11.30 pagi.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati lelaki itu membuat laporan palsu dan tiada kejadian samun berlaku.

“Dia mengaku berbohong  disebabkan malu kerana tidak mempunyai wang untuk hantaran dan majlis perkahwinannya pada Sabtu ini,” katanya. - utusan online