SHAH ALAM : Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di pesisir pantai di Kuala Selangor kira-kira pukul 8 pagi tadi.
Laporan awal sumber bomba menyebut pesawat itu membawa enam orang telah terhempas dan terbakar di kawasan berkenaan.
"Enam orang dalam pesawat itu selamat dan diselamatkan oleh orang ramai dengan menaiki perahu," jelas sumber bomba.
Sementara itu Pesawat CN235 TUDM Mendarat Cemas berhampiran Kuala Selangor Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan memberitahu, sebuah pesawat pengangkut jenis TUDM CN235 yang berpangkalan di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.
"Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan akan berusaha untuk membuat 'recovery' pesawat tersebut. - K! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan