Lumut : Penolong pengadil FIFA, Hamzah Jaafar, 36, telah meninggal dunia di Lumut, hari ini kerana masalah jantung, berita ini telah di sahkan oleh FAM.
Hamzah merupakan seorang penolong pengadil yang berbakat, wajah beliau dapat dilihat pada perlawanan yang hebat dalam Liga Malaysia.
Hamzah meninggal kan isteri dan 3 orang cahaya mata, di laman facebook arwah banyak ucapan takziah dari sahabat dan insan-insan yang mengenali nya beliau.
Begitu juga di laman sosial isteri arwah Zaiton Abdullah, semoga puan Zaiton dan anak-anak tabah menerima takdir Ilahi, Persatuan Bolasepak Malaysia khususnya Pengadil amat merasai kehilangan Hamzah yang di anggap permata dalam sistem pengadilan Bolasepak Malaysia dan Fifa- Al fatihah
0 ulasan:
Catat Ulasan