Semua empat mangsa kemalangan di Jalan Teluk Intan-Sitiawan pada petang Ahad selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Changkat Lada, Seberang Perak.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Noh @ Mat Noh Abdul Hamid , 64, yang memandu kereta, isterinya, Noriah Hashim, 57, dan anak perempuan mereka, Nurul Afiqah, 18.
Seorang lagi yang maut adalah anak saudara pasangan berkenaan, Intan Syafina Razali, 18.
Jurucakap Jabatan Bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.13 petang dan segera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati dua mangsa tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
"Kemalangan membabitkan dua kenderaan itu turut menyebabkan pemandu pacuan empat roda cedera dan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat.
“Empat yang maut diserahkan kepada polis dan dibawa ke hospital sama untuk tindakan lanjut," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan