Sayu :Ajal disubuh hari ..badan wanita 37 tahun berkecai dilanggar lari (5Gambar)

Jertih : Wanita berusia 37 tahun maut dalam keadaan badannya hancur digilis sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kampung Anak Ikan, Jabi, di sini, 5.50 pagi tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Siti Fatimah Jusoh berjalan di hadapan sebuah stesen minyak yang belum beroperasi di kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khalid Che Lah mengesahkan kejadian itu dan berkata wanita terbabit dipercayai tinggal berhampiran tempat kejadian.



Menurutnya, kawasan berkenaan gelap dan berkemungkinan pemandu kenderaan yang melanggarnya tidak menyedari mangsa berjalan di situ.

Katanya, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa dilanggar kenderaan jenis apa kerana belum menerima sebarang laporan polis mengenainya.-HM
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan