Seorang model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini.
Untuk pengetahuan, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.
Ahya memulakan kerjaya modelling sejak 2008 selepas memenangi pertandinganMale Model Search 2008.
Mungkin gambar yang dikongsikan Ahya itu atas tujuan komersil memandangkan dia seorang model namun sebagai orang Melayu yang punyai adat dan budaya penuh sopan, gambar ini boleh mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut industri hiburan tempatan, apatah lagi dia merupakan anak kepada seniwati yang dihormati.
Tu belum cerita bab hukum agama Islam lagi.. – MYNEWSHUB.CC
0 ulasan:
Catat Ulasan