SEREMBAN : Polis menyiasat identiti peluncur yang melakukan aksi ekstrem 'street lugging' atau meluncur menuruni bukit dengan berbaring di atas papan selaju di Jalan Seremban-Jelebu di sini, semalam.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainudin Ahmad, berkata pihaknya mendapat maklumat awam mengenai aktiviti yang membahayakan peluncur itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.
"Aktiviti sedemikian tidak sepatutnya dilakukan di atas jalan raya terbuka dengan kehadiran kenderaan lain kerana jelas terlalu berbahaya.
VIDEO KLIK SINI |
"Kita sedang mengumpul maklumat mengenai identiti peluncur itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya di sini, hari ini.
Rakaman video aksi itu menjadi viral selepas dimuat naik Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok, di dalam laman Facebook beliau, semalam.
Seng Kok berkata, dia yang memandu di jalan berkenaan terkejut dipotong dari arah kiri oleh peluncur terbabit di satu selekoh dan tidak dapat membayangkan jika dia terbabas dan peluncur itu digilis kenderaan.-BH
0 ulasan:
Catat Ulasan