Seorang bapa meratapi kematian anak lelakinya, selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya merempuh sebuah kereta di persimpangan Permatang Pauh, Lebuhraya PLUS, arah selatan, pagi tadi.
Detik menyayat hati itu turut disaksikan orang ramai yang melalui jalan terbabit. -TV3
VIDEO KLIK SINI |
SEBERANG PERAI - Seorang pemuda maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Permatang Pauh hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Ridzuan Mohd. Shukri, 22, yang berasal dari Penaga, Kepala Batas di sini itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Difahamkan, mangsa yang menunggang secara bersendirian itu dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerjanya di Permatang Pauh.
Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. - K! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan