Sayu : Dua beradik yatim piatu sekelip mata .. ibu dan ayah pergi dulu sayang (5Gambar)

Kuala Krai: Dua beradik yatim piatu apabila ayah dan ibu mereka maut selepas MPV mereka bertembung dengan treler tanpa muatan di KM95 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Laloh, di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata MPV keluarga terbabit dari Gua Musang dan bertembung dengan treler yang dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbalik dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan (arah Gua Musang).






“Pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka yang maut adalah Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gebeng, Kuantan, Pahang, Muhamad Zulkifli Awang, 36, dan ibu mereka, Shuhada Mat Hassan, 34.

“Kedua-dua anak arwah, masing-masing berusia enam dan empat tahun, dirawat di HKK (Hospital Kuala Krai)," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - HM

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan