Sayu : Nasib pengasuh .. Bayi bawah jagaan koma dia direman untuk siasatan (3Gambar)

JITRA: Seorang wanita berusia 37 tahun yang juga pengasuh pusat asuhan, direman mulai hari ini sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki koma. 

Alfateh Ashraf yang berusia tiga bulan, dilaporkan koma akibat mengalami pendarahan dalam kepala. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra pada jam 9.20 pagi tadi. 

Suspek ditahan di pusat asuhan di Taman Bunga Raya di sini, jam 3 petang semalam. Bayi berkenaan dilaporkan masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.-BH
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan