Seorang murid perempuan tingkatan 1 pelajar Sekolah Menengah Bagan Terap terpaksa menderita kesakitan akibat kedua-dua kaki nya putus digilis lori tengahari tadi semasa pulang dari sekolah .
Kemalangan berlaku di Parit 16 Sungai Panjang Sungai Besar, mangsa terpaksa menanggung kesakitan sebelum dihantar ke Hospital pada pukul 4 petang tadi.
Pemandu lori yang melanggar mangsa di katakan melarikan diri dia kini giat di kesan dan diminta tampil bertanggung jawab atas apa yang berlaku kepada pelajar perempuan tadi.
Kes ini masih disiasat pihak terbabit untuk mengetahui punya sebenar kejadian, identiti mangsa juga belum dikenal pasti. info selanjut nya menyusul Credit : Sungai Besar
Info terkini yang tersiar di Akhbar Tempatan :
Info terkini yang tersiar di Akhbar Tempatan :
SABAK BERNAM - Seorang murid perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap putus kedua-dua kakinya selepas digilis lori tanah di Parit 16 Sungai Panjang di sini petang tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang bersama adiknya melanggar belakang sebuah kereta Perodua Kancil.
Mangsa yang baru pulang dari sekolah jatuh di tengah jalan kemudian kakinya digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir.
Difahamkan pemandu kereta kancil dan lori tanah melarikan diri. - Kosmo ! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan