Sayu : Mereka bertiga pulang dengan jasad yang terbujur kaku .. nenek ingin lihat wajah terakhir fatin (3Gambar)

Kuala Lumpur: Jenazah tiga penuntut Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jordan Sabtu lalu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4.25 petang esok.

Menurut laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan, jenazah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, akan diterbangkan dengan pesawat Royal Jordanian RJ185 pada 1.30 pagi esok waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia).

Jenazah Hana' dan Al Najiatun Nailah kemudian akan diterbangkan ke Kota Bharu, Kelantan dengan pesawat MH1402 pada 6.25 petang.
Sementara itu, Pegawai Penerangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Wan Ahmad Fadli Shah berkata, jenazah Fatin Iqmal Idziyani akan disolatkan di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini, sebelum dibawa ke Lenggong, Perak untuk dikebumikan.

Ketiga-tiga penuntut tahun tiga Universiti Mu'tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.

Menurut Education Malaysia Jordan, kerajaan Kelantan dan MAIWP bersetuju membiayai kos penghantaran pulang kesemua jenazah pelajar itu ke Malaysia.

"Jika diizinkan saya mahu menatap wajah Fatin buat kali terakhir selepas jenazahnya tiba untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, di sini esok," kata Timah Hussin, 80, nenek kepada arwah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, pelajar Universiti Mu'tah, Jordan yang maut kemalangan jalan raya di Mafraq, Sabtu lalu.

Timah dari Kampung Banggol Batu, di sini, menjaga Fatin sejak kecil sehingga cucunya itu bersekolah di tahun enam di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah (SKLK) di sini sebelum diserahkan kepada ibunya, Rapidah Mat Rani di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia dan seorang lagi anaknya, Latipah Mat Rani, 52, yang tinggal bersama bergilir-gilir menjaga Fatin selepas ibunya meminta untuk bekerja di Kuala Lumpur dan mereka amat gembira kerana dapat menjaga Fatin.

“Dia cucu yang baik, suka mengaji al-Quran dan mendengar kata menyebabkan dia mudah pandai belajar. Kami amat sayang kepadanya.

“Untuk persiapan pengebumiannya, makcik serahkan kepada pihak masjid Kampung Banggol Batu sehinggalah jenazahnya selamat dikebumikan nanti,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya petang tadi. -HM
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan