Sayu : Kerana mu aduka..isteri dalam pantang..anak serta anak kecil terpaksa berkorban (5Gambar)

JOHOR BAHRU :  Polis Johor menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina dan menghasut institusi Kesultanan Johor menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi, tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 36 tahun yang menggelar diri sebagai Aduka Taruna ditahan di kediamannya di Perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.





"Suspek ditahan bagi membantu siasatan menghina dan menghasut ke atas institusi Kesultanan Johor melalui Facebook yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, semalam.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek. Kita juga sedang memohon reman ke atas suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

"Orang ramai dinasihati tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan fitnah hingga boleh menjatuhkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu," katanya.

Pemilik akaun Facebook bergelar Aduka Taruna dipercayai pemimpin aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan dan orang ramai mula mengumpul sumbangan menerusi laman sosial berkenaan bagi membantu keluarganya menampung kos perjalanan ke Johor untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan.-SINAR
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan