Sayu : Hasif kesekolah tiada lagi kakak ibu dan ayah teman .. Hasif harus kuat (3Gambar)

SHAH ALAM : Perasaan hiba jelas kelihatan pada wajah Mohd. Hasif Abdul Halim, 9, waris tunggal kepada lima sekeluarga yang mati lemas Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, pada 19 Disember lalu ketika memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Ibn Khaldun, Jalan Kebun di sini hari ini.
Mohd. Hasif yang tiba di sekolah baharunya itu pada kira-kira pukul 7.45 pagi ditemani oleh ibu saudaranya, Dr. Siti Sabariah Samian, 38, yang merupakan penjaganya serta dua lagi sepupunya yang turut bersekolah di tempat yang sama.
Sebelum ini Mohd. Hasif bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira', Batu Belah, Klang.
Siti Sabariah berkata, Mohd. Hasif ceria semasa melakukan persiapan terakhir sebelum ke sekolah semalam, tetapi pada pagi ini dia kelihatan hiba mungkin kerana teringatkan ayahnya Abdul Halim Samian yang selalu menemaninya setiap kali sesi persekolahan baharu bermula.
"Mungkin dia belum dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan baharu di sini. Bagaimanapun saya percaya Mohd. Hasif adalah budak yang kuat dan tabah, dan saya yakin dia mampu hadapi semua ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini hari ini. - Bernama

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan