Seorang pegawai bomba yang bertugas memadamkan kebakaran di Kampung Nelayan Teluk Kumbar malam tadi merayu beg nya hilang semasa bertugas di pulang kan kepada nya semula kerana ada banyak barang yang sungguh bermakna kepada diri nya.
Muhammad Syahir Bin Jamaludin melalui laman sosial nya meyuarakan kecewa apa yang berlaku, dalam kebakaran itu seorang bapa di sini maut ketika sedang cuba menyelamatkan bayinya dalam satu kebakaran awal pagi tadi.
Mangsa, Nazri Zainal Abidin, 29 ditemui rentung bersama anaknya, Damia Auliah Salsabila, 3 bulan di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Nelayan Teluk Kumbar.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, pada jam 2.10 pagi jentera bomba dari Balai Bomba Sri Balik Pulau tiba dan memadam kebakaran dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarelawan.
Menurutnya, maklumat yang diterima terdapat dua mangsa termasuk seorang lelaki Melayu dan seorang bayi perempuan Melayu berada dalam rumah yang terbakar.
"Pada jam lebih kurang 3 pagi api telah di padam dan menemui mayat di hadapan pintu pagar rumah.
"Sementara dipercayai mayat seorang bayi tersangkut pada ruang atas tempat kejadian," katanya.
Kedua-dua mayat rentung di hantar ke rumah mayat Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
0 ulasan:
Catat Ulasan