Sayu : Bayi 8 bulan maut kereta bapa dirempuh lori di depan Econsave Kluang (14Gambar)

Kemalangan ngeri berlaku yang berlaku di Batu 2 depan Econsave Kluang, melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori.

Dalam kemalangan terbabit seorang bayi berumur 8 bulan maut akibat dari kemalangan ini, kanak-kanak lelaki terbabit dipeluk bapa nya menyebabkan ramai yang menitis air mata melihat apa yang berlaku.














Punca kejadian masih disiasat pihak berwajib, suasana pilu di lihat di temapat kemalangan terbabit identiti mangsa yang terlibat kemalangan belum dikenal pasti.-DTR, Kemalangan Extreme fb 


Berita Penuh dan Identiti mangsa : 

JOHOR BAHRU - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala bapanya cedera dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 55.8 Jalan Mersing-Batu Pahat, Kluang di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, bayi itu, Nur Muhris Anas Anuar yang cedera parah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang.
Bapanya, Anuar Geman@Wagiman, 36, pula dilaporkan cedera ringan manakala, pemandu kenderaan lain pula terselamat.
Mohamad Laham berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.50 pagi apabila lori tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki tempatan menghala ke arah Mersing.
Lori itu dikatakan melanggar belakang kereta Toyota Vios sebelum cuba mengelak ke kiri jalan namun gagal berbuat demikian akibat masalah brek.
Ia kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar pula kereta yang dinaiki Nur Muhris dan bapanya yang pada ketika itu secara kebetulan berhenti di bahu jalan, sebelum ia melanggar tiga lagi kenderaan lain yang diletakkan di hadapan sebuah kedai perkakas rumah. – Bernama
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan